PANEH MIANG
Sangat menyedihkan apabila fatwa
terbaru Hadi itu sebenarnya sangat menghina para syuhada, mujahidin
serta para pejuang Pas terdahulu yang bukan saja sanggup berkorban harta
benda, malah ada yang sanggup menggadai nyawa demi merealisasikan
Amanat Hadi yang kononnya mahu menubuhkan negara Islam.
Begitu ramai yang terpengaruh dengan Amanat Hadi yang dilaungkan di Kg.
Benggol, Peradong pada 7 April 1981, sehinggakan ada pemuja Hadi yang
tergamak mengkafirkan UMNO serta bangsa Melayu yang didakwa kononnya
menolak penubuhan sebuah negara Islam.