YAZID OTHMAN
"Datuk cuba siasat apa kah ada unsur yang 'tidak sihat' disebalik
penjualan saham MAS ini kerana ia amat ganjil sekali caranya, iaitu
tiba-tiba, tiada rundingan terbuka, tawaran terbuka, malah yang paling
jelas MAS dan AirAsia sebelum ini bukan mempunyai hubungan yang baik,
tetapi tiba-tiba saja berpelukan, tidakkah ini ada sesuatu yang tak
kena?"
Kita boleh mengimbau sejarah silam di mana AirAsia tidak berjaya
mendapatkan Terminal 3 Subang untuk menjadi pusat penerbangan AirAsia,
sebaliknya ia diberikan kepada Syarikat Penerbangan Firefly iaitu
syarikat milik bersama MAS, dan AirAsia juga gagal berkongsi tempat
dengan MAS di lapanganterbang KLIA. Akhirnya AirAsia diberikan tempat
terpencil jauh dari kemudahan di KLIA yang hanya untuk MAS sahaja
beroperasi.