PANEH MIANG
Adakah ini bermakna Firefly tidak lagi menjadi penerbangan komuniti tambang murah? Dan Air Asia sebenarnya telah berjaya melenyapkan persaing mereka dengan cara mengubah konsep syarikat penerbangan Firefly menggunakan cadangan yang datang daripada Khazanah atau Exco Pengurusan MAS?
Sekiranya sekarang ini saya masih berpeluang untuk terbang menggunakan MAS pada kadar harga yang lebih rendah dari Air Asia serta mendapat layanan 5 bintang, adakah dengan perjanjian ini maka MAS hanya untuk mereka yang membayar dengan harga premium sahaja? Adakah ini bermakna rakyat biasa sukar menaiki syarikat penerbangan negara melainkan dengan cara membayar harga premium?
Persoalan paling pelik, mengapa tidak dibentangkan analisis kedudukan
kewangan Air Asia yang sebenarnya tidak stabil dan rugi, tetapi ada pula
wang untuk beli saham MAS? RM7.7b HUTANG Air Asia setakat suku tahun
pertama 2011 bukannya satu jumlah yang sedikit.