Link Exchange

Sekiranya anda menyenaraikan blog ...LISTED!!! dan/atau VOICES AROUND di blog anda, tetapi blog anda tidak tersenarai di dalam "Honour List" di bawah ini, mohon tinggalkan mesej di VOICES AROUND


Terima kasih!!


Saturday, August 20, 2011

Lebih peka dari kebanyakkan Melayu Islam yang lain


PENGHUNI GUA - Sumber : UTUSAN
karya Lim Swee Tin
BERSATULAH MELAYU


Bersatulah Melayu
Kalau nampak ada retak
Kerana retak hujungnya belah
Bimbang belah membawa pecah
Melayu itu tak mampu berpecah


Bersatulah Melayu
Melayu itu cermin
Dalam jernihnya kita menilik
Kita menilik mencari wajah
Wajah Melayu wajah kita


Bersatulah Melayu
Melayu itu lampu
Terangi jalan luas terbentang
Siapa cuba kaburkan suluh
Kelak hilang arah dan tuju


Bersatulah Melayu
Melayu itu payung
Payung jangan carik
Carik payung
Manakan lagi tempat berlindung


Bersatulah Melayu
Melayu itu pohon
Akarnya mencengkam bumi
Bumi ini pautan kasih
Kasih Melayu segala kasih


Bersatulah Melayu
Cari dan rangkalah jalan damai
Damai membuka pintu pertemuan
Pertemuan kelak merintis padu
Berpadulah Melayu, berpadu semua.
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

...LISTED !!!

Demi Negara - Recent Comments

D' L I S T E D ! ! !

This List

The Other List

In List