Apa yang menjadi
MASAALAH primer atau yang unggul sekarang bukannya itu: MASAALAH yang
benar-benar tegar yang menjadi batu penghalang kepada kemajuan untuk
meyelesaikan masaalah ini ialah polisi PAS dan orang-orang Islam yang,
demi membenci kerajaannya sendiri, sanggup untuk tidak mencemuh pihak
gereja. Demi perpaduan dengan kafir harbi yang mungkin boleh menjanjikan
segelintir-dua undi, PAS sangup untuk menjaga hati mereka. Sanggup
untuk memarahi Hassan Ali. Sanggup bersekongkol dangan pihak kerajaan
PKR dalam MENUTUP MULUT supaya hal ini tidak tersebar lua. Bukankah
biasanya hal-hal tutup mulut ini adalah apabila sesuatu benda yang benar
berlaku?
...seolah-olah dalam
hal-hal menjaga Akidah Islam, kita hanya bergantung kepada mereka dan
Tuan tidak ada langsung dalam gambaran. Nak harapkan siapa lagi? Khalid
Samad? Nama Allah dijualnya, Kilang Carlsberg diresmikannya? Padahal
sebelum berkuasa dahulu, untuk menegakkan syiar ugamalah yang menjadi
slogan pencalonannya. Ada Tuan bising kerana dengan pengambilan tampok
pemerintahan, lesen arak, lesen judi dan lesen menubuh rumah urut
ternaik 2-3 kali ganda di Selangor?