Pelik sungguh politik negara ini, bila mana pertubuhan Melayu menuntut
hak mereka dikatakan sebagai rasis. Tetapi bila pertubuhan bukan Melayu
dan parti komponen BN dikatakan sebagai hak minoriti. Politik apakah
ini?
Sebut sahaja nama Ibrahim Ali pada pandangan ultra kiasu seolah-olah
sedikitpun tidak ada kebaikan yang ada pada dirinya. Begitu juga
segelintir kalangan umat Islam. Semuanya buruk belaka. Bila ditanya pula
kepada golongan ultra ini akan pandangan mereka terhadap
kenyataan-kenyataan rasis pemimpin parti politik perkauman dan NGO
seperti Dong Zong, Jiao Zong, Dong Lian dan Dong Jiao Zong, termasuk
beberapa Dong lagi, semuanya baik belaka. Mereka dinobatkan sebagai
wira.