SUARA PERKASA
(Ibu tunggal tak dapat bantuan Baitulmal dalam dilema) |
Wanita yang ingin dikenali sebagai Nur, 40, berkata pada mulanya dia sanggup menerima bantuan yang dihulurkan gereja terbabit bagi memastikan empat anak perempuannya berusia lima hingga 12 tahun meneruskan kehidupan, selepas gagal mendapat bantuan berterusan daripada Baitulmal.
“Saya mengaku memang pernah dapat bantuan sebelum ini tetapi sekali
saja. Kini saya sedang memikirkan sama ada mahu menerima sekali lagi
tawaran daripada pusat ibadah itu atau tidak memandangkan mereka kerap
telefon bertanyakan khabar dan menawarkan apa saja bantuan yang
diperlukan,” katanya.
Sumber : Berita Harian
A.P.A.
Setelah dikutip zakat dari perniagaan-perniagaan besar, orang-orang kaya, zakat fitrah dan sebagainya, ke mana sebenarnya kebanyakan wang tersebut pergi?
Kelihatannya seperti ada yang tidak telus. Sepatutnya pihak yang
bertanggung jawab selain memaparkan berapa jumlah kutipan, hendaklah
memaparkan juga ke mana pengalirannya sehingga selesai kes.
Jelas Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin, sekiranya wang zakat digunakan secara telus mustahil umat Islam perlu meminta bantuan daripada penganut agama lain.