|
(Punyalah hebat kisah rumah pelacuran di negara kita ini, hinggakan
ada yang terpaksa bertelanjang bulat lari tanpa memikirkan bahaya bila
diserbu pihak berkuasa....) |
“DARIPADA mana pembangkang, terutamanya
DAP nak kumpul duit untuk PRU akan datang kalau tidak melalui kegiatan
kumpulan ‘kongsi gelap’ yang mengendalikan rumah maksit, siber cafe,
perjudian tanpa lesen dan macam-macam lagi kegiatan haram, termasuk
pengedaran dadah?"
Bekas Anggota @SATU MELAYU
Rakyat Kedah juga mahu bertanya kepada pemimpin PAS, apakah kerajaan PAS
hari ini sebenarnya takutkan tekanan DAP atau lebih takut dengan ugutan
pengusaha-pengusaha pusat hiburan yang berselindung di belakang DAP?
Atau apakah pemimpin PAS lebih bimbang dengan risiko kehilangan sokongan
undi masyarakat cina sehingga terpaksa mengkompromi hukum Allah SWT
dengan menutup sebelah mata terhadap segala kegiatan tidak bermoral yang
sememangnya ditolak oleh semua agama ini? - Kenyataan Media YB Dato' Mukhriz Mahathir