DIMENSI 
Kalau dulu, PAS lah yang pertama mempertahankan tindakan sedemikian, ia 
kini menjadi sebaliknya. Ini kerana perjuangan menegakkan negara Islam 
parti itu telah bertukar kepada mewujudkan negara kebajikan. Lagipun 
sebahagian besar barisan kepemimpinan PAS sekarang memang lebih 
berfikiran liberal. UMNO pula tidak mungkin campur tangan kerana kes ini
 berlaku dalam negeri yang ditadbir kerajaan pakatan Parti Keadilan 
Rakyat, DAP dan PAS. 
Barangkali kerana melihat senario seperti ini, ada pihak semakin berani 
melakukan sesuatu yang dulu dianggap sensitif terhadap keharmonian hidup
 rakyat pelbagai kaum dan agama di negara ini. Sejak akhir-akhir ini, 
bukan Melayu/Islam bagaikan boleh bercakap dan menuntut apa saja atas 
nama kebebasan bersuara. Malangnya, orang Melayu/Islam terus dituduh 
rasis, kolot, malah mungkin pengganas apabila cuba mempertahankan agama 
dan hak mereka, walaupun ia termaktub dalam Perlembagaan. 
Sumber : BH

