RIDHUAN TEE
Kenapa jarang sekali mendengar nama-nama bukan Melayu atau orang
Kristian ketika itu, yakni saat yang paling getir era 1800an hingga
1900an? Ketika itu orang bukan Melayu sudah berada di Tanah
Melayu.Wajah-wajah bukan Melayu hanya muncul sekitar tahun 1950-an,
detik ketika penjajah sudah memang tidak dapat bertahan lagi.
Jika ketiga-tiga kaum ini tidak bersatupun ketika itu kebangkitan nasionalisme Melayu Islam sudah sampai ke peringkat puncak.
Orang Melayulah yang paling berani dan merasa kesakitan yang amat sangat
ketika menentang Malayan Union. Jika benar, bukan Melayu mahu
bersama-sama menyumbangkan jasa memerdekakan negara, kenapa Malayan
Union tidak ditentang? Jawapannya mudah, Malayan Union menguntungkan
mereka. Ditakdirkan Malayan Union berjaya, maka hancurlah orang Melayu,
bermaharajalelalah mereka ketika itu. Bertambah cepatlah negara ini
menjadi negara Kristian.
Tiada siapa yang menafikan bahawa bukan Melayu juga menyumbang kepada
perkembangan dan kematangan ekonomi negara, tetapi ia berasaskan kepada
prinsip keuntungan. Mereka menyumbang kepada perkembangan ekonomi kerana
suasana politik yang stabil sejak 1969 membolehkan mereka meraih
keuntungan yang besar daripada apa yang mereka laburkan. It is not
altruism - bukan sumbangan percuma yang tidak mengharapkan sebarang
alasan!