HELEN ANG
Daripada mencari gaduh dengan orang Melayu, baik mereka yang tidak berpuashati dengan Jais meminta sahaja supaya undang-undang dipinda; ini memandangkan undang-undang yang sedia ada meletakkan DUMC di pihak yang salah.
DUMC letaknya di Selangor yang diperintah Pakatan. Dan ada juga di antara Adun-adun dan exco kerajaan negeri yang evengelis Kristian, bukan? Serta Guan Eng, Teresa Kok dan Hannah Yeoh dilaporkan menghadiri servis di gereja ini pada hari Ahad 7 Ogos (empat hari selepas sebuan Jais).
Puak Kristian yang sibuk melalak di alam siber sudah tersilap sasaran agaknya. Lebih berbaloi sekiranya mereka merujuk kepada Adun-adun yang begitu disanjungi pembangkang supaya mengambil langkah serta tindakan yang sewajarnya.