‘‘Kami mendapati agak aneh apabila pihak yang terlibat dalam proses ini
tidak dapat menghalang parti politik daripada terlibat dalam projek
kerajaan.Kami juga tidak memahami mengapa seorang kontraktor yang
bersetuju menganjurkan sesuatu program atau menjalankan sesuatu projek
memerlukan bantuan kewangan daripada sesebuah parti politik.Pastinya
siapa yang menjalankan perniagaan mempunyai modalnya sendiri atau
membuat perkiraan bagi perkara tersebut,’’ lapor suruhanjaya berkenaan.
BADUT RAKYAT
‘Kami percaya sementara Wye Wing menguruskan kertas kerja, Kee Hiong
menjalankan tugas persediaan seperti mendapatkan pembekal, memastikan
kehadiran peserta dan mengatur perkhidmatan serta publisiti bagi program
berkenaan.
‘‘Apabila Ean Yong Hian Wah (Ahli DUN Seri Kembangan) mempunyai idea,
bagi sesuatu program beserta bajet, dia akan dihubungi dan dia akan
cuba mengadakan keperluan berkaitan mengikut jumlah yang
diperuntukkan,’’ menurut suruhanjaya berkenaan.