Kenyataan semalam, bercanggah dengan kenyataan yang diucapkan Fayyahd sendiri pada 12 Julai lalu seperti dilaporkan Malaysiakini
spin Anwar nak kena bunuh bukan cerita baru, tetapi cerita lama yang sentiasa diulang tayang sejak dari zaman reformasi.
“Dulu lagi semasa awal-awal Saiful Bukhari Azlan dakwa dia diliwat Anwar – Ketua Umum PKR itu cabut lari masuk ke Kedutaan Turki di Kuala Lumpur. Siapa boleh lupa drama itu. Lepas tu bukankah timbul dakwaan ada ancaman keatas nyawa Anwar.
“Ini belum lagi masuk bab dakwaan racun arsenik masa dalam penjara Sungai Buloh dulu. Begitu juga dakwaan suntikan HIV lah.
“Aneh juga Anwar masih boleh bersiul-siul bebas ke sana kemari ceramah serata ceruk negara tanpa siapa pun menjentiknya. Keluar negara pun…itu dah macam pergi balik KL – PJ,selamat sejahtera sampai ke hari ini”