Tetapi Dr Asri juga jangan lupa dan alpa, bukan polis sahaja yang zalim
dan jahat, tetapi mata pena yang ditulis oleh golongan cerdik pandai
bergelar Profesor, Profesor Madya, dan Dr yang menghasut dan
mengadu-domba agar rakyat bangkit dan mencetus huru-hara di negara ini
juga boleh dikategorikan sebagai kezaliman yang sepatutnya dihentikan
dengan segera.
Mengapa Asri tidak pula menghitung segala kerosakan yang dilakukan oleh
Pakatan Rakyat terhadap agama, bangsa dan negara kita ini sebagai salah
satu bentuk kezaliman juga? Mengapa istilah "kezaliman" itu hanya
dilonggokkan kepada polis, SPRM dan kerajaan? Apakah fitnah,
mengadu-domba, mencaci-maki, mengaibakan pemimpin kerajaan, mereka-reka
cerita palsu dan mengkafirkan sesama Islam bukan satu kezaliman yang
nyata dilakukan oleh puak-puak Pakatan Rakyat? Mengapa ini semua tidak
termasuk dalam kamus kezaliman yang seharusnya difahami oleh Asri?