Ingat operasi besar-besaran dan luar biasa yang dilakukan oleh kerajaan
Malaysia untuk mengeluarkan semua rakyat Malaysia yang sebahagian
besarnya pelajar dari bumi Mesir berikutan pergolakan negara itu
Februari lalu? Ingat? Oh... kalau tak ingat, baca di sini atau di sini (siap dengan gambar!)
Lihatlah wajah-wajah yang berbaju kuning berlogo "Bersih" yang berkumpul
di Kaherah ini. Bukankah wajah-wajah ini juga yang ketakutan Februari
lepas kerana berlaku rusuhan di Mesir dan bukankah wajah-wajah ini juga
yang merayu supaya mereka diselamatkan kerana bimbang keadaan pergolakan
di Mesir?