Pernah sekali dahulu seorang Presiden Amerika Syarikat dalam
ucapannya telah membaca sepotong ayat al-Quran dihadapan khalayak
ramai. Siap dalam bahasa Arab sekali. Maka bertepuk kegembiraanlah para
muslimin semua, dengan tidak menyedari bahawa disebalik pembacaan
ayat-ayat suci itu Amerika sedang menyiapkan bom-bom, pesawat-pesawat
dan anggota tentera untuk dihantar ke beberapa Negara Islam untuk
menyembelih mereka. Ada pembacaan begini menahan dari umat Palestin
dari terus dibunuh oleh Yahudi? Boleh pembacaan Hadis oleh siKafir
Harbi tadi menyelamatkan orang-orang Islam dari disembelih?
Disini pula sibuk kita dibuaikan oleh pembacaan Hadis dan ayat alQuran oleh si kafir Harbi untuk kita semua. Tidak cukup di dalam Parlimen atau Dewan Undangan Negeri, dibawa pula masuk ke dalam mesjid dan surau berceramah, tak kira mereka berhadas besar atau tidak. Malahan, si Imam atau Mufti sanggup kita cerca dan caci, jauh sekali kita dengari, jika si Imam atau Mufti tadi tidak secocok dengan tafsiran politik kita. Yang si Kafir laknatullah penyembah lembu boleh kita muliakan selagi ianya sealiran dengan pembencian kita---iaitu pemerintah Melayu-Islam yang tidak se-parti degan kita. Malah baru-baru ini, dicemuh-cemuh pula ahli Dewan Undangan Negeri islam yang mempersoalkan samada hadis yang dibaca oleh salah seorang harbi yang baru makan babi tadi, adakah ianya sahih, dhai’f atau maudhu'. Maka apabila wakil rakyat ini dihalau keluar dewan kerana mempertahankan kedaulatan malfuzat Nabi ini, bertepuk tangan pulalah pejuang-pejuang Islam Negara Berkebajikan tadi.