Nazri dilaporkan berkata, "Kematian Teoh Tidak Akan Berlaku Jika Siasatan Ikut Standard" (baca di sini).
Kalau beginilah sikap Nazri, saya boleh katakan kematian Teoh tidak
akan berlaku sekiranya DAP Selangor tidak terlibat dengan sebarang
rasuah, dan kematian Teoh juga tidak akan terjadi seandainya tiada
laporan rasuah dilaporkan kepada SPRM. Dengan kata mudah, kematian Teoh
bukan berpunca daripada SOP SPRM yang salah atau tidak standard,
tetapi kematian Teoh adalah berpunca daripada tabiat rasuah yang
bermaharajalela dalam DAP! Untuk menutup malu, bunuh diri adalah jalan
paling mudah bagi mana-mana manusia yang tidak beriman kepada Allah.