Agenda perhimpunan haram Bersih
sebenarnya bukan berdasarkan ketidaktelusan Suruhanjaya Pilihan Raya
(SPR) serta tuntutan 8 perkara akan tetapi lebih kepada agenda terancang
pembangkang untuk meraih semula simpati rakyat disamping untuk menutup
isu yang sedang hangat dibangkitkan di mahkamah.
Kebiadapan mereka telah diserlahkan
secara terang terangan pada 9 Julai lalu, dimana mereka telah
mengingkari Titah DYMM Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong agar
perarakan tidak boleh dilakukan secara terbuka – yang mana akan
memberikan impak kepada masyarakat dan juga peniaga serta pelancong.
Titah ini di sanggah secara jelas melalui ketua mereka iaitu Ambiga .
Sebagaimana yang kita lihat penyokong mereka yang hadir berarak tanpa
arah malah sebahagian besarnya tidak faham pun apa tujuan mereka
berarak.