- Jenice Lee dari DAP - Kes Pelajar Cina vs. Guru Melayu, manakala sekolah tempat kejadian terletak di dalam DUN Cempaka yang diwakili oleh ADUN PAS.
- Jenice Lee - Membantah sebuah tapak perkuburan orang-orang Islam
- Jenice Lee - Mengetuai tindakan meroboh beberapa buah gerai yang dibina untuk peniaga Melayu (tetapi tidak kepada gerai untuk peniaga cina) berdekatan dengan kawasan pasar Taman Muda, Ampang.
- DAP dan Jenice dikatakan juga sedang menyusun gerakerja bagi menambah pengundi kaum Cina untuk menjadikan DUN Teratai sebagai kubu baru DAP dan benteng perkauman sempit mereka.
Menilik dari perkembangan-perkembangan ini, DAP beriya benar untuk terus
berpencak dengan masalah keMelayuan. Kalau boleh, mereka mahu merantai
dan mengurung orang Melayu sebagai pesalah terhadap setiap malapetaka
kaum yang terjadi. Mereka mahu orang Melayu diperlihatkan sebagai badut
di atas pentas yang mereka sediakan serta dijadikan bahan jenaka untuk
anak cucu mereka di kemudian hari betapa bangsa Melayu boleh
dipermain-mainkan sebegitu rupa dan orang-orang Melayu sudah tidak boleh
berbuat apa-apa lagi.