Najib perlu lebih mengutamakan kepentingan negara yang membabitkan
majoriti rakyat berbanding sekelompok rakyat dan penduduk negara ini
yang sangat berkepentingan. Usul serta desakan yang dilakukan oleh
kumpulan anti-BERSIH yang sedang melancarkan kempen di talian,
seharusnya dipandang berat, bukannya menganggap ia hanyalah kerja
budak-budak nakal yang tidak ada kerja.
Sekarang adalah masanya Najib membuktikan, dia benar-benar mendengar
suara hati rakyat berbanding mendengar cakap-cakap daripada para
penasihat dan orang-orang di sekelilingnya!!!
Sebabnya rakyat yang akan memberikan undi untuk UMNO-BN bukannya para penasihat dan orang-orang di sekelilingnya.