NEM's Lethal Dose - The More Derserving Is Getting Less !
(VOICES AROUND)
pelaksanaan kuota 55:45 (misalnya pemberian biasiswa JPA dan kemasukan ke universiti tempatan) yang tidak berlandaskan komposisi kaum (67:33). Dasar ini merugikan kaum Bumiputera kerana syernya (12) telah dirampas oleh Bukan Bumipitera. Yang memburukkan lagi keadaan ialah golongan miskin ini memberi subsidi kepada golongan kaya kerana Bumiputera, secara relatif, lebih miskin berbanding Bukan Bumiputera. Outcomenya ialah jurang akan terus melebar.
pelaksanaan dasar meritokrasi ada baiknya seperti memantapkan lagi daya saing dan menyemarakkan pula nilai kecemerlangan kerana yang terbaik mendapat ganjarannya. Tetapi pelaksanaannya di padang sosio-ekonomi yang tidak sama rata mengakibatkan distributive injustice dan melebarkan lagi jurang. Ia bertukar menjadi undang-undang rimba – survival of the fittest.
pelaksanaan dasar liberalisasi menggalakan kemasukan pelaburan dan akan membantu menjana GNI. Sebagai contoh, antara 2009 sehingga hujung Februari 2011, kita telah berjaya menarik pelaburan RM86.625 bilion di sektor perkilangan. Sudah tentu ianya berguna dari segi merancakkan pertumbuhan ekonomi tetapi ianya telah melebarkan jurang dari segi hak modal saham kerana 62% adalah milik asing, 20% Bukan Bumi dan hanya 14% milik Bumi.
Antara DEB dan MBE Najib
Di bawah DEB, Kerajaan telah berjaya meningkatkan hak modal saham Bumi dari 2.4% pada tahun 1970 kepada 19.3% pada tahun 1990. Akibat kelonggaran pelaksanaan Dasar Pembanguan Negara (DPN), hak tersebut telah merosot kepada 18.9% pada tahun 2000. Kemerosotan itu telah menyedarkan kerajaan. Kesedaran tersebut pula telah meningkatkan semula hak saham modal Bumi kepada 21.9% pada tahun 2008. Dasar liberalisasi yang diamalkan masa kini boleh menyebabkan pemilikan itu jatuh semula. Maka jurang pemilikan saham akan melebar!