INI ISU YANG SEHARUSNYA DIBERI PERHATIAN UTAMA ORANG MELAYU! Dimana
kita dalam segala ETP Najib? Apa dah jadi dengan MBE, bagaimana impak
dasar2 merit, needs based, rakyat didahulukan dan segala ayat-ayat baru
Najib kepada bangsa Melayu baik dari segi ekonomi dan pendidikan? Perlu
ada kajian bagi menilai keberkesanan segalanya, sampai bila orang
Melayu mahu dibuai lena dengan cakap-cakap indah Najib? Sebaik-baiknya
ia dilakukan SEBELUM PRU13 supaya kita yakin apakah perlu kita terus
berikan sokongan kpada Najib berdasarkan FAKTA bukan cakap-cakap indah
tapi kosong.
Secara jujur, setakat ini saya tidak nampak Najib mampu mengembalikan maruah Melayu.
Tentang AMANAH
Buat masa ini saya tak mahu komen lagi cuma satu je yang saya nak tahu
tentang AMANAH - Jika benar antara tujuan utamanya adalah demi perpaduan
rakyat - apa pandangan KuLi dan AMANAH tentang sekolah vernakular.
Kalau AMANAH menyokong Satu Sekolah, then you got my support.