Alangkah bertuahnya menjadi Ambiga. Biarpun telah menjadi kepala rusuhan
di ibu negara tetapi sehingga kini dia masih boleh menghirup udara
segar. Bayangkan sebelum perhimpunan haram 9 Julai sudah ada lebih 2,000
laporan polis dibuat oleh rakyat Malaysia menerusi pelbagai NGO, ribuan
lagi desakan supaya mengambil tindakan ke atasnya selepas menipu Yang
di-Pertuan Agong, kerajaan dan rakyat kerana tetap mengadakan demo haram
jalanan walaupun sudah berjanji untuk mengadakannya di stadium tetapi
sehingga kini tindakan oleh kerajaan khususnya pihak Kementerian Dalam
Negeri... KOSONG... ZERO!
Apakah kerajaan termasuk Perdana Menteri masih juga tetap mengambil sikap BIARKAN!