Sebatang
lorong gelap yang disangka tidak dilalui orang ramai, rupa-rupanya
adalah ‘syurga’ bagi kaki botol membeli arak murah berkonsepkan pandu
lalu.
Siasatan
unit khas Utusan Malaysia selama tiga hari berturut-turut baru-baru ini
mendapati, kedai yang terletak di Sunway Mentari, Petaling Jaya itu
mengubah operasinya pada malam hari ke bahagian belakang kedai bagi
membolehkannya menjual arak berlabel BFE (Brewed For Export).