Peguam Pkr tuntut Polis dan Menteri KDN DiDakwa Kerana 'Serangan' Bersih ?
Yang ini memang saya pelik ....... Sebelum ini mereka semua setuju akan
titah Tuanku yang tidak mahukan sebarang perhimpunan jalanan diadakan,
jadi bila terdapat sekelompok rakyat yang engkar dengan Titah tersebut
berkeras turun juga kejalanan dan pihak polis yang mengibarkan
panji-panji DiRaja ( PDRM ) bertindak bagi menguatkuasakan Titah Tuanku,
mereka mahu Polis pula disaman ?
Bila sudah berlaku jua, sekarang kita menantikan pihak kerajaan pula
menunjukkan contoh terbaik bagaimana menghormati Rukunegara - Kedaulatan
Undang-undang !