BERSIH masih sebuah pertubuhan haram walaupun selepas pemimpinnya menghadap Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin bagi memohon kebenaran mengadakan perhimpunan Sabtu ini.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata keputusan Pendaftar Pertubuhan (ROS) mengisytiharkan Bersih sebagai pertubuhan haram juga berdasarkan nasihat Pejabat Peguam Negara mengikut undang-undang.
Walaupun Bersih dibenarkan mengadakan perhimpunan di stadium, mereka masih perlu mendapatkan permit daripada polis, katanya.