"Abang ini bendera kita,tak boleh kasi biar ini macam"
Aku dengan seorang Cina dan India
lah yang memungut semua Jalur Gemilang yang bertaburan ditinggalkan
pendekar pendekar Patriot dalam hujan lebat sambil dibantu seorang
anggota FRU hari itu.Itulah semangat PATRIOT yang jelas ternampak hari itu dan
bukan pertempuran kumpulan Patriot dengan FRU.Mana mungkin kamu semua
menggelarkan diri kamu PATRIOT bilamana Jalur Gemilang yang kamu usung
dan kibar kamu tinggalkan bersepah diatas jalanraya kerana ketakutan
lari.Jalur Gemilang pun tidak mampu kamu pertahankan,inikan pula mempertahankan negara.