Mereka terangsang dengan apa yang berlaku di Iraq, Libya, negara-negara Arab di mana terdapat tangan-tangan ghaib yang bekerjasama dengan kumpulan pemegang myKAD negara ini sendiri bagi menjatuhkan kerajaan yang ada. Samada pemerintah itu zalim atau sebaliknya, itu bukan persoalannya kerana masing-masing pihak akan mendabik dirinyalah yang betul. Ini soal MERAMPAS KUASA melalui proses yang KOTOR dan tidak demokratik.
Bagaimana kalau orang Melayu, Bumiputera dan rakyat lain yang berjiwa kebangsaan (MBRJK) bangkit serta cuba memuaskan hati kedua-dua belah pihak. Pihak yang sana mahukan kerajaan jatuh melalui demo jalanan "ambiga-PAS". Pihak yang sini juga mahu kerajaan yang berani, tegas dan adil. Kedua-duanya mahukan benda yang sama, PERALIHAN KUASA KERAJAAN.