Amat malang sekali bagi kesemua penduduk di kawasan Subang Jaya kerana mendapat ahli-ahli majlis seperti ini. Sepatutnya tugas mereka adalah untuk memikirkan bagaimana untuk menjadikan persekitaran kediaman mereka lebih kondusif dan bersih (bukan bersih demo haram ye)! Mereka juga perlu fokus terhadap amanah yang dipikul demi kemajuan PBT yang diwakilinya.
Kerajaan Negeri Selangor Cabar Pihak Polis
MB Khalid memberi peruntukan RM15ribu kepada penganjur Bersih sebagai dana bantuan untuk aktiviti Bersih. Beliau meminta polis tidak mencampuri sebarang program kerajaan negeri.
Jelas kini semakin terserlah penglibatan politik Pakatan disebalik nama rakyat Bersih. Tindakan secara resmi Kerajaan Negeri Selangor menyokong pergerakan haram Bersih harus dilihat dalam konteks mencabar kedaulatan undang-undang negara dan pihak Polis harus bertindak terhadap semua mereka yang terlibat.
Begitu BIADAP, SOMBONG, DEGIL dan GILA KUASA pemerintah Kerajaan Negeri Selangor !