(RAMPASAN KUASA DI KL ?) |
mereka yang mahu mengumpul puluhan ribu manusia untuk mengadakan bantahan atau menghantar memorandum ini sebenarnya mahu mencetuskan anarki dan huru-hara bagi mendapat keuntungan publisiti politik di peringkat antarabangsa. Secara politiknya mengumpulkan 30 ribu orang tanpa mencetuskan insiden yang menarik tidak akan mengundang apa-apa berita besar di seluruh dunia.
Jika sekadar mahu menunjuk kekuatan tentulah mereka boleh memohon perhimpunan di dalam stadium terutamanya Stadium Shah Alam yang boleh memuatkan hampir 80 ribu orang. Mengapa perlu di atas jalan?