Datuk Seri Anwar Ibrahim kini dilihat sedang mengatur strategi yang dilaksanakan oleh DAP iaitu Malaysian Malaysia untuk menarik sokongan kaum Melayu dan Cina kepada Parti Keadilan Rakyat (PKR).
Pensyarah Kanan bahagian Politik Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan Universiti Sains Malaysia (USM), Dr. Azeem Fazwan Ahmad Farouk berkata, melalui strategi itu, Anwar akan menggunakan Pas untuk mendapatkan sokongan kaum Melayu dan bekerjasama erat dengan DAP untuk sokongan kaum Cina.
“Apabila beliau (Anwar) berjumpa dengan orang Melayu, dia akan jadi nasionalis Melayu dan apabila jumpa orang Cina, Anwar akan jadi liberal,”
“Anwar tiada pilihan, PKR semakin hilang sokongan. Beliau tahu Pas sudah mempunyai penyokong tersendiri yang pasti akan mengundi parti itu. Begitu juga DAP, jadi Anwar bertindak berbaik-baik dengan kedua-dua parti itu untuk bernyawa kembali.