Masyarakat Majmuk berSATU dengan SATU BAHASA – Bukan Satu (seluruh) Malaysia bertutur dengan Pelbagai Bahasa!
Macamana hendak bertoleransi dan Menerima sedangkan diperingkat awal lagi SUDAH TIDAK FAHAM BAHASA?
Kita tidak menolak, malah mengalu-ngalu kefasihan dalam pelbagai bahasa dan sebanyak mana bahasapun yang terdaya dipelajari. Tetapi, tidak fasih dalam Bahasa Kebangsaan adalah sama sekali tidak dapat diterima. Fasih dalam bahasa Kebangsaan dahulu sebelum mempelajari untuk fasih bahasa-bahasa lain. Jangan jadikan keadaan tunggang terbalik di mana bahasa asing dikejar, bahasa Kebangsaan dibelakangi.