Aku pasti dalam sambutan ulangtahun UMNO hari ini para pemimpin akan berkokok macam ayam jantan beretorik tentang betapa hebatnya UMNO selama ini.UMNO buat itu dan UMNO buat ini kepada rakyat terutamanya kepada orang Melayu.Tak ada siapa pun boleh menafikan kebaikan yang UMNO dah lakukan selama ini sehingga kita semakmur hari ini.Tapi itu dulu bang ooii..
Yang penting hari ini dan hari hari seterusnya. Apakah UMNO sedang melakukan sesuatu yang betul untuk terus kekal relevan sebagai WADAH perjuangan kepada bangsa Melayu? Mana mungkin bila setelah diserang penyakit Mar08 masih belum mahu dibedah dan masih enggan berubat. Mana mungkin berjuang bila tenaga dan kekuatan UMNO sudah tidak sehebat dulu.