LAMIAFAMILIA
Pada perhatian saya, sesetengah pihak di
negara ini sangat suka membuat dakyah melulu tanpa menyiasat secara
mendalam. Mereka ini sanggup membuat apa-apa saja cerita semata-mata
untuk meraih sokongan dan menanam kebencian di hati rakyat terhadap
kerajaan. Mereka tidak sedar bahawa tindakan mereka sebenarnya merugikan
diri dan negara sendiri.
Semasa mengangkat sumpah untuk menjadi
warganegara kami disuruh taat kepada Agong dan setia kepada negara.
Tidak ada satu pun elemen politik diselit dalam teks angkat sumpah
tersebut.
Saya amat tidak setuju apabila
ada sesetengah pihak di negara ini yang mengatakan betapa mudahnya untuk
mendapat kewarganegaraan atas sebab-sebab politik.
Daripada pengalaman saya
sendiri, sokongan ahli politik tidak memberi jaminan kejayaan permohonan
warganegara. Pegawai-pegawai di kementerian juga menjalankan
tanggungjawab mereka dengan penuh amanah.
Saya menyanjung tinggi pendirian pegawai-pegawai ini walaupun saya pernah kecewa kerana permohonan saya ditolak.
Saya pasti tohmahan Mismah yang mendapat kewarganegaraan dalam masa 4 jam adalah tidak benar sama sekali.