Monday, October 10, 2011

1-Malaysia Najib dibakul-sampahkan oleh anak emas Najib sendiri

Tok Jen @KEMPEN SSS
Kehadiran beliau pada majlis itu adalah sebagai wakil kepada YAB Perdana Menteri. Ini bermakna beliau merupakan tetamu kehormat di majlis itu dan sepatutnya dilayan dengan penuh penghormatan sejajar bukan sahaja atas kedudukannya selaku seorang Menteri Kanan Kabinet dalam pentadbiran kerajaan pusat tetapi juga kapisitinya selaku wakil kepada Perdana Menteri sekaligus mewakili kerajaan pusat.

(DS Utama Dr Rais - Tetamu yang dimalukan)

 ...ketika DS Utama Dr Rais Yatim berucap, suasana dalam
stadium tertutup itu  mula bertukar menjadi suasana sepertimana di pasar-pasar awam. Diperhatikan sebilangan besar hadirin yang 99.9% terdiri daripada kaum Cina bercakap-cakap sesama mereka dan tidak ambil peduli langsung apa amanat yang dibawanya atau pesanan Perdana Menteri kepada kaum Cina di Pulau Pinang khususnya golongan pelajar CIna.