Monday, August 1, 2011

Maruah Bangsa Bergantung Kepada Bahasanya

Kepada yang memegang kuasa pentadbiran negara ini, sudah-sudahlah kemaruk dengan bahasa asing seperti Mandarin itu. Sudah-sudahlah dengan sistem pendidikan vernakular. Mertabatkanlah sekolah kebangsaan.  Saya berharap, rombakan dasar pelajaran negara yang akan dibentangkan hujung tahun ini, akhirnya dapat meletakkan impian “SATU BANGSA, SATU NEGARA, SATU BAHASA” ke atas landasan yang betul setelah lebih 50 tahun negara ini merdeka (sila KLIK DI SINI). Janganlah bertindak sumbang bagi mencelarukan lagi identiti bangsa dan negara. Jangan digadai maruah bangsa Malaysia ini.