Kehadiran 12 wakil rakyat DAP yang tidak mengenakan pakaian rasmi dan songkok pada Upacara Pembukaan Persidangan Penggal Pertama Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak Ke-17 disifatkan sebagai 'kurang manis' kerana tidak menghormati majlis.Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Satok,Datuk Seri Abang Johari Tun Openg berkata,tindak- tanduk wakil rakyat DAP itu bukan perkara baru kerana mereka pernah melakukan perbuatan yang sama pada sidang DUN terdahulu.